Friday 6 April 2012

Kenapa Tukar Kereta


Tahun ini sudah genap 6 tahun kelisa ku berkhidmat dengan jaya nya. Apabila diimbau kembali, banyak betul usin@RM yang telah dilaburkan kepada kereta kesayangan/merempit ini. Selepas beberapa hari memikirkan kecederaan yang dialami oleh bini kedua saya ini, memang betul seperti dialog-dialog yang kita dengar.

"ala kereta malaysia tak tahan lasak"

"lepas 5 tahun ko buang je kereta buatan malaysia jadi tukun"

"lepas 5 tahun, daripada aku habis duit repair, baik aku beli yang baru je"

"lepas 5 tahun, kereta aku ada macam-macam bunyi, bunyi tikus nak beromen pun ada"

Memang betul pun dialog ini kata, tapi aku rasa tak semua komponen kereta nak rosak suka hati mak nenek diaorang aje. Ia berkait dengan wear and tear. kalau wear and tear itu berlaku dalam jangka tak sepatutnya,bawak la cepat-cepat jumpa mekanik.

Apa kelisa saya yang tak pernah rosak?mari sini kita lihat list kerosakan daripada 2006 hingga sekarang;
a- 2008:Belting tak berpusing,crankshaft jem dan kena grind balik-ini disebabkan seorang mekanik bunguk yang terlupa memasang pin dekat pulley timing belt (Kerosakan yang paling major-cost me around 1K) lepas itu power steering rosak pulak. kena tukar steering rack yang baru.cost me around RM500
b- 2009: alternator aircond rosak: yang baru dah dekat 1K, so end up ambil yang recond. Cost me RM600.
c-2011: kipas radiator rosak. kena tukar motor baru/baharu.Cost me RM450, beberapa bulan kemudian gearbox pulak leaking sebab ada crack. kena hantar pergi welding dan baraikan gearbox tu. Cost me RM430
d-2012: tahun ni saspen sket sebab aku dimaklumkan oleh pomen favret bahawa oil seal driveshaft kereta ku telah bocor dan water pump telah hampir ke akhir hayat. Risiko kalau tak tukar water pump bila due, ia akan start leaking (kalau korang perasan) sampai ia malfunction/pecah. kesannya engine akan overheat dan jika kereta memang tak boleh start sebab dkuatiri akan merosakkan komponen dalaman engine. Jadi kebetulan timing belt kelisaku pun dan due, kenalah tukar sekali untuk mengelakkan musibah. Lebih-lebih lagi kita minta dijauhkan daripada kereta kita rosak semasa dalam perjalanan yang mana mungkin boleh menyusahkan orang lain serta menjadi bahan maki hamun pengguna lebuhraya. jadi nak tukar semua tu, timing belt,water pump dan oil seal driveshaft cost me RM600. 

Haaa takutkan lepas tengok figure kat atas tu tapi inilah hakikatnya kalau kita memakai kereta malaysia.bukan nak kata tak tahan,tapi kereta saya ini average sebulan jalan dalam 3000km,jadi cepatlah wear and tear. 

Pada pendapat saya,membeli kereta baru (ease of mind) bukan pilihan sebab saya ingin bebas daripada menambah hutang yang baru. Biarlah poket rabak bulan ini sahaja untuk rezki workshop kawan saya,daripada rabak tiap-tiap bulan membayar hutang baru.

Macam mana agaknya those yang pakai kereta Jepun or Continental? Adakah mereka bebas daripada masalah seperti pengguna kereta Malaysia macam saya ini?

 


1 comment:

  1. selagi boleh pakai, pakai je la kan hehe..
    ahmadjaa

    ReplyDelete