Sunday 29 April 2012

Hari Sukan 28 April 2012

Hari ini saya tidak mahu bercerita tentang Bersih 3.0  walaupun tarikh nya sama dengan hari Sukan anak saya. Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab lagi hensem, maka semalam kami semua telah menghadirkan diri ke Stadium Sek. 15 Bandar Baru Bangi untuk meraikan hari sukan buat julung kalinya semenjak bergelar ibu bapa.

Siapa sangka sekali air bah, semuanya tumpah. Sampai sahaja di perkarangan stadium tersebut, Umar sudah mula menjadi resah dan moody kerana dia ingat hari ini dia kena hadir ke sekolah. Biasalah budak berumur 3 tahun mana tahu membezakan hari sukan dan hari sekolah.

anda tengoklah sendiri

Memandangkan ini kali pertama saya menyertai sukan sekolah anak, maka peluang ini saya gunakan untuk mengenal para ibubapa yang lain. Dapatlah juga kenal 2-3 orang pun dah cukup, tapi yang penting kena ramahkan diri dan mengelakkan daripada bertanya soalan-soalan yang sensitif.

Sukan Sekolah semalam adalah gabungan 3 buah Playschool, iaitu Islamic Montesori(dekat rumah saya), Khalifah Method Sg. Tangkas dan satu lagi saya lupa namanya. Ramai juga ibu bapa yang hadir meraikan sukan ini dan tidak kurang juga yang tidak membawa langsung makanan walaupun telah diminta oleh pihak sekolah. Barangkali tak sempat memasak dan mengharapkan boleh tumpang sekaki makanan orang lain. Tak sangka mini burger dan vaddey orang rumah saya prepare boleh habis, agaknya kelaparan lepas aktiviti sukan.

Di sini ingin saya berkongsi aksi-aksi mak bapak anak cikgu kesemuanya sempena hari sukan tersebut. Sememangnya aktiviti yang sangat memberi kesan kepada kita sebagai parent.

macam biasa, budak-budak ini akan di suruh beratur di dalam futsal court. Macam biasa mesti ada 2-3 orang terlepas ikut suka diaorang

salah seorang budak yang tak nak masuk que


macam-macam ragam budak lelaki



apabila kesemua telah teratur, barulah student start menyanyi rythm (tak tahu apa tajuknya)

selepas selesai menyanyi rythm

Kemudiannya, bermulalah sukaneka antara pelajar dan ibu bapa dikehendaki menyertai acara tersebut. Kami dapat acara tiup belon tapi tiada gambar untuk dikongsi sebab takdak orang tolong ambilkan aksi-aksi kami. Saya kongsi sahaja aksi-aksi ibu bapa yang lain di sini.

setiap parent akan  diberikan riben seperti warna bendera ini

ibu bapa dan pelajar dalam acara membawa belon

acara kegemaran, menyolek anak sendiri. Kalau saya ada anak perempuan mesti cuba punya. By the way, anak kecil ini yang menang acara solekan. bravo si ayah, lepas ini boleh la buka kedai mak andam.

gelagat parent

Nasharudin (baru berkenalan) dengan anaknya sudah siap grooming.Memang ayu.

Kami selepas acara meniup belon

acara mengandam hantaran.Cikgu pun kena participate juga

Pengetua Islamic Montesori Sek. 4

Akhirnya selesai juga sukaneka, dan beberapa random shot yang ingin dikongsi di sini

Cute little girl

asyik mengambil gambar.

Saya mendapat tahu si abang ini dengan adiknya datang tanpa parent. Memang berdikari

choki-choki is a must

Umar dengan hadiah dan medal.

yeaaaaahhhhh!!!!!!!!
Akhir sekali, semua adalah pemenang ibu bapa pelajar dan guru. Apa yang kita menang? masa berkualiti dengan anak kita, dapat menambah kenalan baru dan dapat makan free.Itulah apa yang telah berjaya dicapai pada Sabtu semalam. 

Bagaimana yang hadir ker bersih? Terfikir bagaimana anak-anak yang diusung oleh parent mereka ke Bersih 3.0 apabila memikirkan kesusahan meredah lautan manusia dan risiko rusuhan (dah jadi pun).
Apakah objektif mereka tercapai ataupun sebaliknya?

Jumpa kalian lagi di tahun depan!

No comments:

Post a Comment