Friday 17 June 2011

Upgrade



Bertemu lagi kita pada petang Jumaat yang mulia ini. Aku pon dah tak sabar nak tunggu waktu opis habes. Tahun ini aku akan masuk 30 tahun(muda belia lagi nih). bile kita dah start melangkah masuk 30`s ni, mesti kita dah tak boleh daripada memikirkan apa yang boleh kita upgradekan dalam kehidupan ini.

Macam-macam kita boleh upgrade, tukar kereta kelisa ke Golf GTI (saja berangan), upgrade bini a.k.a. tambah bini (jgn marah ye ayang), upgrade ilmu pengetahuan mcm sambung Master or PHD, nak tukar rumah yang lebih besar dan selesa,dan pelbagai lagi serbanika yang kita boleh upgrade.

Dalam kesibukan kita mengupgrade kehidupan material, aspek spiritual pun kena lah seiring. mcm dulu kita biasa solat sorang2, maybe start tahun ni kita boleh gatal2 kaki ke surau untuk solat berjamaah. 

Dulu kita puasa wajib bulan Ramadhan, apakata kita try ubah dengan posa sunat Isnin dan Khamis, dapat pahala dan elok untuk kesihatan. 

Dulu kita suka balik rumah lepak, kita cuba2 lah pergi dengar kuliah agama. Jangan lah marah bila orang cakap kita sombong bila taknak dengar kuliah sbb kuliah itu adalah nasihat.

Dulu kita suka baca magazine2, kita upgrade la sikit dengan baca Quran, x dapat hari2, seminggu sekali pon jadilah.Janji baca.

Hidup kita ni macam tangga, material dan spiritual kena seiring.kita tidak lah mahu bile material kita dah sampai puncak, spiritual kita jatuh terbenam.itu yang membuatkan kehidupan tidak tenang sebab spirit kita tiada makanan.

Sampai bila kita nak bergantung pada ibadat wajib sahaja?kita ibarat pedagang di dunia ini. Umpama orang yang yang melakukan ibadat wajib, di akhirat kelak kita akan mendapat modalnya sahaja. Berbeza dengan orang yang upgrade ibadat wajib dengan menambah yang sunat, di akhirat macam peniaga yang mendapat balik modalnya dan keuntungan. 
 

No comments:

Post a Comment