Thursday 20 October 2011

Himpunan Sejuta Umat


Himpunan untuk selamatkan akidah Umat? orang islam di malaysia ini sudah berusaha dengan gigih ke untuk menjaga akidah mereka? adakah cukup selamat akidah mereka dengan sekadar menghadiri perhimpunan. Akidah memerlukan ilmu dan amal,tanpa semua itu perhimpunan akan menjadi seperti tong kosong semata-mata. Hanya sekadar laungan sahaja. Itu belum lagi kita zoom sikap orang islam sendiri di tanah air tercinta ini.

Aku mencadangkan nak selamatkan akidah, ramai-ramai rajinkan pergi solat subuh jemaah biar menyamai ramainya jemaah solat jumaat. Time tu baru akidah dah mantap. Kalau orang islam mempunyai ilmu yang secukupnya, Insya-Allah Allah akan menjaga akidah kita. Jangnlah kita sekadar menjadi 'Islam Baka' yang diwarisi daripada mak ayah. Cuba selami dan selidik Islam seperti apa yang orang western buat sebelum memeluk agama islam. Jika kurang ilmu, rajin-rajin kanlah dekatkan diri dengan ustaz-ustaz.

Tak mustahil juga sekiranya perhimpunan ini boleh menimbulkan kegusaran/polemik agama di kalangan non-muslim. What if Pertubuhan agama yang lain-lain di Malaysia ingin membuat perhimpunan seumpama?adakah mereka akan dibenarkan seperti kita orang Islam sebab kebebasan bersuara dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau permohonan mereka tidak dibenarkan, siapakah yang akan memberi kelulusan? of course pemimpim yang melayu islam dan ini sedikit sebanyak memberi impak kepada orang islam.

DI sini ingin saya menyeru kepada umat islam supaya memperbanyakkan ilmu dan menunjukkan keindahan islam kepada masyarakat Malaysia. Walaupun untuk mengubah sesuatu bangsa itu memakan masa, tidak salah kalau kita mulakan bermula hari ini!

No comments:

Post a Comment