Sudah lama tidak berkunjung ke The Mall. Suram, Pengunjung pun sudah tidak berapa ramai berbanding 10 tahun dahulu disebabkan lambakan Shopping Mall di Selangor. Teringat semasa PC Fair,Book Fair ataupun menunggu bas balik ke Kelantan, mesti aku singgah ke sini untuk pekena ABC di food court. Apapun, disebabkan less crowded, sesuai untuk membawa si kecik berjalan-jalan.
Monday, 25 June 2012
Tuesday, 19 June 2012
Sunday, 29 April 2012
Hari Sukan 28 April 2012
Hari ini saya tidak mahu bercerita tentang Bersih 3.0 walaupun tarikh nya sama dengan hari Sukan anak saya. Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab lagi hensem, maka semalam kami semua telah menghadirkan diri ke Stadium Sek. 15 Bandar Baru Bangi untuk meraikan hari sukan buat julung kalinya semenjak bergelar ibu bapa.
Siapa sangka sekali air bah, semuanya tumpah. Sampai sahaja di perkarangan stadium tersebut, Umar sudah mula menjadi resah dan moody kerana dia ingat hari ini dia kena hadir ke sekolah. Biasalah budak berumur 3 tahun mana tahu membezakan hari sukan dan hari sekolah.
![]() |
| anda tengoklah sendiri |
Memandangkan ini kali pertama saya menyertai sukan sekolah anak, maka peluang ini saya gunakan untuk mengenal para ibubapa yang lain. Dapatlah juga kenal 2-3 orang pun dah cukup, tapi yang penting kena ramahkan diri dan mengelakkan daripada bertanya soalan-soalan yang sensitif.
Sukan Sekolah semalam adalah gabungan 3 buah Playschool, iaitu Islamic Montesori(dekat rumah saya), Khalifah Method Sg. Tangkas dan satu lagi saya lupa namanya. Ramai juga ibu bapa yang hadir meraikan sukan ini dan tidak kurang juga yang tidak membawa langsung makanan walaupun telah diminta oleh pihak sekolah. Barangkali tak sempat memasak dan mengharapkan boleh tumpang sekaki makanan orang lain. Tak sangka mini burger dan vaddey orang rumah saya prepare boleh habis, agaknya kelaparan lepas aktiviti sukan.
Di sini ingin saya berkongsi aksi-aksi mak bapak anak cikgu kesemuanya sempena hari sukan tersebut. Sememangnya aktiviti yang sangat memberi kesan kepada kita sebagai parent.
| macam biasa, budak-budak ini akan di suruh beratur di dalam futsal court. Macam biasa mesti ada 2-3 orang terlepas ikut suka diaorang |
| salah seorang budak yang tak nak masuk que |
| macam-macam ragam budak lelaki |
| apabila kesemua telah teratur, barulah student start menyanyi rythm (tak tahu apa tajuknya) |
| selepas selesai menyanyi rythm |
Kemudiannya, bermulalah sukaneka antara pelajar dan ibu bapa dikehendaki menyertai acara tersebut. Kami dapat acara tiup belon tapi tiada gambar untuk dikongsi sebab takdak orang tolong ambilkan aksi-aksi kami. Saya kongsi sahaja aksi-aksi ibu bapa yang lain di sini.
| setiap parent akan diberikan riben seperti warna bendera ini |
| ibu bapa dan pelajar dalam acara membawa belon |
| acara kegemaran, menyolek anak sendiri. Kalau saya ada anak perempuan mesti cuba punya. By the way, anak kecil ini yang menang acara solekan. bravo si ayah, lepas ini boleh la buka kedai mak andam. |
| gelagat parent |
![]() |
| Nasharudin (baru berkenalan) dengan anaknya sudah siap grooming.Memang ayu. |
![]() |
| Kami selepas acara meniup belon |
| acara mengandam hantaran.Cikgu pun kena participate juga |
![]() |
| Pengetua Islamic Montesori Sek. 4 |
Akhirnya selesai juga sukaneka, dan beberapa random shot yang ingin dikongsi di sini
![]() |
| Cute little girl |
| asyik mengambil gambar. |
| Saya mendapat tahu si abang ini dengan adiknya datang tanpa parent. Memang berdikari |
| choki-choki is a must |
| Umar dengan hadiah dan medal. |
| yeaaaaahhhhh!!!!!!!! |
Akhir sekali, semua adalah pemenang ibu bapa pelajar dan guru. Apa yang kita menang? masa berkualiti dengan anak kita, dapat menambah kenalan baru dan dapat makan free.Itulah apa yang telah berjaya dicapai pada Sabtu semalam.
Bagaimana yang hadir ker bersih? Terfikir bagaimana anak-anak yang diusung oleh parent mereka ke Bersih 3.0 apabila memikirkan kesusahan meredah lautan manusia dan risiko rusuhan (dah jadi pun).
Apakah objektif mereka tercapai ataupun sebaliknya?
Jumpa kalian lagi di tahun depan!
Friday, 6 April 2012
Kenapa Tukar Kereta
Tahun ini sudah genap 6 tahun kelisa ku berkhidmat dengan jaya nya. Apabila diimbau kembali, banyak betul usin@RM yang telah dilaburkan kepada kereta kesayangan/merempit ini. Selepas beberapa hari memikirkan kecederaan yang dialami oleh bini kedua saya ini, memang betul seperti dialog-dialog yang kita dengar.
"ala kereta malaysia tak tahan lasak"
"lepas 5 tahun ko buang je kereta buatan malaysia jadi tukun"
"lepas 5 tahun, daripada aku habis duit repair, baik aku beli yang baru je"
"lepas 5 tahun, kereta aku ada macam-macam bunyi, bunyi tikus nak beromen pun ada"
Memang betul pun dialog ini kata, tapi aku rasa tak semua komponen kereta nak rosak suka hati mak nenek diaorang aje. Ia berkait dengan wear and tear. kalau wear and tear itu berlaku dalam jangka tak sepatutnya,bawak la cepat-cepat jumpa mekanik.
Apa kelisa saya yang tak pernah rosak?mari sini kita lihat list kerosakan daripada 2006 hingga sekarang;
a- 2008:Belting tak berpusing,crankshaft jem dan kena grind balik-ini disebabkan seorang mekanik bunguk yang terlupa memasang pin dekat pulley timing belt (Kerosakan yang paling major-cost me around 1K) lepas itu power steering rosak pulak. kena tukar steering rack yang baru.cost me around RM500
b- 2009: alternator aircond rosak: yang baru dah dekat 1K, so end up ambil yang recond. Cost me RM600.
c-2011: kipas radiator rosak. kena tukar motor baru/baharu.Cost me RM450, beberapa bulan kemudian gearbox pulak leaking sebab ada crack. kena hantar pergi welding dan baraikan gearbox tu. Cost me RM430
d-2012: tahun ni saspen sket sebab aku dimaklumkan oleh pomen favret bahawa oil seal driveshaft kereta ku telah bocor dan water pump telah hampir ke akhir hayat. Risiko kalau tak tukar water pump bila due, ia akan start leaking (kalau korang perasan) sampai ia malfunction/pecah. kesannya engine akan overheat dan jika kereta memang tak boleh start sebab dkuatiri akan merosakkan komponen dalaman engine. Jadi kebetulan timing belt kelisaku pun dan due, kenalah tukar sekali untuk mengelakkan musibah. Lebih-lebih lagi kita minta dijauhkan daripada kereta kita rosak semasa dalam perjalanan yang mana mungkin boleh menyusahkan orang lain serta menjadi bahan maki hamun pengguna lebuhraya. jadi nak tukar semua tu, timing belt,water pump dan oil seal driveshaft cost me RM600.
Haaa takutkan lepas tengok figure kat atas tu tapi inilah hakikatnya kalau kita memakai kereta malaysia.bukan nak kata tak tahan,tapi kereta saya ini average sebulan jalan dalam 3000km,jadi cepatlah wear and tear.
Pada pendapat saya,membeli kereta baru (ease of mind) bukan pilihan sebab saya ingin bebas daripada menambah hutang yang baru. Biarlah poket rabak bulan ini sahaja untuk rezki workshop kawan saya,daripada rabak tiap-tiap bulan membayar hutang baru.
Macam mana agaknya those yang pakai kereta Jepun or Continental? Adakah mereka bebas daripada masalah seperti pengguna kereta Malaysia macam saya ini?
Kanak-kanak Ribena
Minggu ini saya meluangkan masa untuk membawa umar bermain air. Tempat mana lagi kalau bukan di rumah Aunty AĆ” nye. terima kasih aunty sebab bagi kitaorang belasah area pool itu.Tengok sendiri gelagat budak kalau jumpa air. Gambar saya memakai swimming trunk tidak akan disertakan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan masalah keguguran rambut dan heart attack.Okay cukup dah meraban malam-mala buta ini.
| Errr..ini gaya apa ye? |
| Kanak-kanak memang unik,tidak kisah berkawan tanpa mengira warna kulit |
| khusyuk main air |
| puzzled |
| splash |
Saturday, 17 March 2012
Thursday, 20 October 2011
Himpunan Sejuta Umat
Himpunan untuk selamatkan akidah Umat? orang islam di malaysia ini sudah berusaha dengan gigih ke untuk menjaga akidah mereka? adakah cukup selamat akidah mereka dengan sekadar menghadiri perhimpunan. Akidah memerlukan ilmu dan amal,tanpa semua itu perhimpunan akan menjadi seperti tong kosong semata-mata. Hanya sekadar laungan sahaja. Itu belum lagi kita zoom sikap orang islam sendiri di tanah air tercinta ini.
Aku mencadangkan nak selamatkan akidah, ramai-ramai rajinkan pergi solat subuh jemaah biar menyamai ramainya jemaah solat jumaat. Time tu baru akidah dah mantap. Kalau orang islam mempunyai ilmu yang secukupnya, Insya-Allah Allah akan menjaga akidah kita. Jangnlah kita sekadar menjadi 'Islam Baka' yang diwarisi daripada mak ayah. Cuba selami dan selidik Islam seperti apa yang orang western buat sebelum memeluk agama islam. Jika kurang ilmu, rajin-rajin kanlah dekatkan diri dengan ustaz-ustaz.
Tak mustahil juga sekiranya perhimpunan ini boleh menimbulkan kegusaran/polemik agama di kalangan non-muslim. What if Pertubuhan agama yang lain-lain di Malaysia ingin membuat perhimpunan seumpama?adakah mereka akan dibenarkan seperti kita orang Islam sebab kebebasan bersuara dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau permohonan mereka tidak dibenarkan, siapakah yang akan memberi kelulusan? of course pemimpim yang melayu islam dan ini sedikit sebanyak memberi impak kepada orang islam.
DI sini ingin saya menyeru kepada umat islam supaya memperbanyakkan ilmu dan menunjukkan keindahan islam kepada masyarakat Malaysia. Walaupun untuk mengubah sesuatu bangsa itu memakan masa, tidak salah kalau kita mulakan bermula hari ini!
Friday, 9 September 2011
Saturday, 3 September 2011
Semangat Sillaturrahim
![]() |
| 3 Generasi berkumpul |
Ziarah. Perkataan yang semakin menjadi asing dikalangan generasi sekarang. Lebih suka memerap di rumah menonton tv,layan playstation, internet dsb. Tetapi tidak bagi keluarga cucu cicit Wan Teh ini.
Pantang berkumpul, misi menghabiskan kuih raya di rumah sanak saudara adalah agenda utama. Suasana riuh rendah memang menghiburkan jiwa bila beramai-ramai berjumpa satu sama lain.
Siapa kata ziarah sanak saudara tidak menyeronokkan?
Friday, 26 August 2011
The Colours Of Night (Putrajaya)
It really suprises me to know that some places in Putrajaya looks differently during night time compared to daylight, flat dull and boring. Armed with my PEN and a tripod i hit the road after 11p.m.
| Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin Entrance |
| BHEUU Building (PP with Picasa) |
| Can you see Palace Of Justice ? |
| Palace Of Justice (converted to Sephia) |
| Spooky POJ (PP with Picassa |
| Perbadanan Putrajaya. Semangat Satu Malaysia |
| PICC (Putrajaya International Convention Centre) |
| Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin |
| Jambatan Seri Wawasan |
Night photography is really challenging, i`m having my hard time to stabilise my hand not to shake. Most of my picture taken handheld resulted blurred pictures. All the images above taken with tripod and manually focused.Guess there`s a lot for me to learn and improve as it just a mere 4 months i started my journey with my PEN m4/3 which i shall unleash its potential. And yet PEN is adored my many m4/3 fans out there and making great images with it that will drive me further.
Friday, 19 August 2011
Part Ketiga Ramadhan
Ramadhan sekarang sudah sampai ke Peringkat Ketiga, risau prestasi masih tak menentu. Masjid pun dah makin kurang jemaah terawikh berbanding awal2 Ramadhan dulu. Memang mencabar di peringkat ketiga ini (Pelepasan daripada Api Neraka)
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk memperoleh keampunan Mu
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk memperoleh keampunan Mu
Friday, 22 July 2011
Pantai Irama
I grew up in bachok,one of the district in Kelantan. When i was small, abah always take some sweet time to take me strolling to this beach. Well, when i was on leave last week, i took this opportunity with my wife to indulge ourself into cold and breeze air of Pantai Irama
Shooting directly under the sun is killing me without EVF (electronic viewfinder). I find myself laying down on the sand beach to compose this picture and the LCD is no help at all
Shooting directly under the sun is killing me without EVF (electronic viewfinder). I find myself laying down on the sand beach to compose this picture and the LCD is no help at all
Well, i guess its only us the early bird except some small crabs and sea shells
The beach is good for strolling/jogging if you like.
I found this old log stranded on the beach, guess it might have been carried away from somewhere.
Closed for business. Normally start as early as 11.00 am
I notice some part of this beach is covered by this flower.
Coconut Tree.
If we got time, we will bring along our son to enjoy this scenery but unfortunately he was sleeping at the moment and was left at home with his grand parents.Taking our kids to the beach for de-stress, they will gladly follow you and it is the best opportunity to the test them with one question: My son/daughter, who do you think create all this beautiful scenery?
You may get numerous answer and some might not up to your expectation. Relax, its the learning process and we as their parent need to guide them to explore the answer.
Subscribe to:
Posts (Atom)







