Saturday, 18 June 2011

Rumah Hijau

 Pokok payapa yang berada depan rumah


 Bunga caniola ektravaganza (tumbuhan menyemak aje)


 Benih-benih kemuncup menunggu untuk bertebaran


 pokok semangkuk kera sesuai untuk tempat ayam landing


Bunga-bunga lalang

kesemua tumbuhan boleh didapati dengan senang sekali di sekeliling rumah kita. 

Projek Grayscale

Di kala malam bulan mengambang


Gerbang Putrajaya Holdings

Platform LRT Masjid Jamek

Neutral Mood

Memang tidak dapat dinafikan,sesetengah gambar yang nampak kurang menarik bila diconvert kepada Grayscale, hasilnya memang menarik.


Friday, 17 June 2011

Upgrade



Bertemu lagi kita pada petang Jumaat yang mulia ini. Aku pon dah tak sabar nak tunggu waktu opis habes. Tahun ini aku akan masuk 30 tahun(muda belia lagi nih). bile kita dah start melangkah masuk 30`s ni, mesti kita dah tak boleh daripada memikirkan apa yang boleh kita upgradekan dalam kehidupan ini.

Macam-macam kita boleh upgrade, tukar kereta kelisa ke Golf GTI (saja berangan), upgrade bini a.k.a. tambah bini (jgn marah ye ayang), upgrade ilmu pengetahuan mcm sambung Master or PHD, nak tukar rumah yang lebih besar dan selesa,dan pelbagai lagi serbanika yang kita boleh upgrade.

Dalam kesibukan kita mengupgrade kehidupan material, aspek spiritual pun kena lah seiring. mcm dulu kita biasa solat sorang2, maybe start tahun ni kita boleh gatal2 kaki ke surau untuk solat berjamaah. 

Dulu kita puasa wajib bulan Ramadhan, apakata kita try ubah dengan posa sunat Isnin dan Khamis, dapat pahala dan elok untuk kesihatan. 

Dulu kita suka balik rumah lepak, kita cuba2 lah pergi dengar kuliah agama. Jangan lah marah bila orang cakap kita sombong bila taknak dengar kuliah sbb kuliah itu adalah nasihat.

Dulu kita suka baca magazine2, kita upgrade la sikit dengan baca Quran, x dapat hari2, seminggu sekali pon jadilah.Janji baca.

Hidup kita ni macam tangga, material dan spiritual kena seiring.kita tidak lah mahu bile material kita dah sampai puncak, spiritual kita jatuh terbenam.itu yang membuatkan kehidupan tidak tenang sebab spirit kita tiada makanan.

Sampai bila kita nak bergantung pada ibadat wajib sahaja?kita ibarat pedagang di dunia ini. Umpama orang yang yang melakukan ibadat wajib, di akhirat kelak kita akan mendapat modalnya sahaja. Berbeza dengan orang yang upgrade ibadat wajib dengan menambah yang sunat, di akhirat macam peniaga yang mendapat balik modalnya dan keuntungan. 
 

Thursday, 2 June 2011

Masjid shah alam

dari dulu sampai sekarang,macam inilah rupa Masjid Shah Alam yang semua orang tahu. Petang tadi lepas balik dari Court Shah Alam aku amik kesempatan utk snap utk blog aku ini.

Masjid...teringat aku kecik2 dulu abah memang menekankan betapa pentingnya menjadi kaki masjid sampai kalau aku x pergi,mesti kena rotan (sebab masjid depan rumah..hehe)

bila makin dewasa, makin jauh kita dari masjid. Aku pon macam tu jugak, terlalu 'sibuk' sangat dengan urusan duniawi sampaikan tak boleh luangkan sedikit masa untuk ke masjid padahal Allah telah menjanjikan seribu rahmat untuk pelawat rumahNya.

Di saat kita tensen pasal keje,anak,bini,kewangan,beruk mat yeh dsb, silalah curik masa sikit ke masjid.insyaAllah, Allah itu Maha Besar dan Mendengar.ketenangan itu sememangnya terdapat di Masjid, terpulanglah kepada kita untuk mencarinya ataupun tidak.